About the person name's ziera

My photo
Terengganu, Malaysia
Seorang Gadis Biasa Yang Simple...

Followers

Wednesday 18 January 2012

kau Aku Dan Puzzle.... ^_^'

              Kau aku dan puzzle...
   Jam telah menunjukkan pukul 8.00 pagi, aku bergegas ke  tempat kerja aku,.....kerana aku tahu aku telah lambat....
“Alamak macam mana nie, harap bos tak ada, kalau tak mampus aku” rungut hatiku sambil meninjau-ninjau di dalam pejabat....
“Kau tengok apa tu Zara” tegur kak Riana...
     Kak Riana ni merupakan kerani di pejabat SnZ Holding..Dia juga merupakan teman rapat aku sejak aku mula bekerja di sini...
“He,he,he, kak Riana bos ada tak?” soal ku..
“Tahu takut,siapa suruh kau datang lambat,tapi kan Zara kau bernasib baik, hari ni bos tak datang, katanya ada emergency kes”..
“Ye ke kak,huh nasib baik ,kalau tak naye saya, bos tu kalau mengamuk macam rimau kelaparan, ish..gerun saya”..
“Habis tu kalau takut tak reti-reti nak masuk and duduk kat tempat kau, ke kau nak jadi penyambut tetamu kat luar tu”.
   Aku hanya tersenyum selepas kak Riana menegurku. Di pejabat SnZ Holding ni aku bekerja sebagai assistant kepada bos aku yang sombong dan garang terlampau tahap maksimum.. dah naik menyampah aku tengok ,yang aku pelik dia buat perangai ego dia tu kat aku je..eee geram betul aku.Bos aku si Zarif tu sengaja ambil aku jadi assistant dia supaya dia senang nak buli aku..
“Tak apa,ni Zara lah tulang besi urat dawai lah,dia tak kenal lagi siapa aku”. Rungut ku di dalam hati.

    Setibanya kat rumah aku terus ke bilik dan mandi,setelah selesai mandi dan memakai baju tidur aku terus ke dapur kerana perut aku dah berbunyi lagu rock ala Awie dan Ella pulak,he,he,he.. sampai je kat dapur,apa lagi masak meggi lh aku hari ni..kat rumah ni aku tinggal dengan mak dan ayah aku,tapi disebabkan diorang balik kampong terpaksalah aku duduk sorang kat rumah..selepas melantak meggi terus aku nai ke bilik solat isyak..seleai solat je aku terus mencapai novel ‘cinta kau dan aku’ katanya novel ini dah jadi best seller tu yang aku teringin sangat nak membaca novel ni..Tanpa aku sedar aku dah terlelap dengan buku tu sekali, perasan nak baca novel tapi novel kemane aku pulak yang tertidur....he,he,he ..

    Bangun je pagi, aku dengan rutin harian aku iaitu bergegas ke tempat kerja aku. Setibanya di pejabat, belum sempat aku duduk bos aku tetiba je panggil aku.
“Zara masuk ke pejabat saya,now!!..
“Ish kalau cakap elok-elok tak boleh ke, aku siku jugak mamat ni karang ”. Rungut hati aku..
   Sampai saja kat bilik Encik Zarif aku terus ketuk pintu biliknya...
“Masuk”, arah Zarif..
“Kenapa bos panggil saya?, Ada yang tak kena ke dengan kertas kerja yang saya buat tu ke?”,soal ku..
“Tak itu bukan masalahnya, masalahnya awak tu.”,marah Zarif..
“Kenapa dengan saya?”,soalku lagi..
“Kenapa awak tak kemas bilik saya sewaktu saya tak ada kelmarin hah?”,tengking Zarif..
“Encik zarif, setahu saya kerja mengemas bilik bosnya tak ada dalam surat perjanjian saya sebagai assistant, tak tahu lah kalau dekat syarikat ni ada kerja macam tu”..aku memberi buah keras kepada bos aku huh.,lega sikit hati aku..
   Selepas aku cakap macam tu,aku tengok muka Zarif tu dah macam singa nak makan orang je, ah ada aku kisah! Ni Zara lah, setakat muka macam tu tak ada kesan sedikit pun kat aku....
“Eh Zara awak pekerja saya suka hati lah saya nak buat apa pun, ni kan pejabat saya, awak hanya dibayar gaji untuk bekerja dan menjadi kuli saya je”,marah Zarif..
“Baiklah Encik Zarif saya tahu ni pejabat encik dan saya hanya pekerja encik tapi tak semestinya awak telah memiliki saya seratus peratus,saya pun ada maruah lah Encik Zarif, kalau macam ni lah layanan Encik Zarif terhadap saya selama ini dengan hormatnya saya quit!!, nanti saya akan serahkan notis 24 jam saya kepada bos saya yang paling saya sayang iaitu Encik Mohd Zarif bin Datuk Sulaiman huh”.
    Dengan rasa benci dan geramnya kat si mamat perasan bagus tu aku keluar dari pejabat tu dan ini adalah satu keputusan yang terbaik pernah aku lakukan. Aku tak rasa kesal langsung..
“Eh Zara awak nak kemana tu saya belum habis cakap lagi dengan awak”, laung Zarif ...
    Aku langsung tak pedulikanya, aku dengan selamba badak terus keluar dari pejabat tu. Kak Riana dan pekerja yang lain hanya terlopong melihat aku dan Encik Zarif, apa tak nya dah macam drama kat tv pulak tu.. tapi ada aku kisah orang nak tengok ke apa ke lantak diorang lah, hati aku yang sakit ni pun belum hilang lagi.. Pasal benda kecik macam tu pun dia boleh nak marah aku, depan pekerja lain pulak tu, dia ingat aku tak ada marah ke.eee sakit betul hati aku dengan mamat ni..
“Ish apa aku dah buat ni, Zara aku mintak maaf,aku sebenarnya suka dekat kau,kenapa engkau tak nampak semua ni, kejam sangat ke aku”. Rungut Zarif di dalam hati..
    Zarif mula berasa kesal dengan kesalahannya, dia tidak dapat memaafkan dirinya kerana disebabkan sikap marah dan sombongnya itu dia tidak dapat lagi melihat Zara dengan lebih dekat ,kerana itu yang di idamkanya selama ini..

    Sudah dua hari aku tidak ke pejabat kerana marah kan si mamat sombong tu..Kak Riana ada telefon aku, katanya bos asyik marah-marah je, dah macam orang tak betul selepas aku blah dari pejabat hari tu.Huh lantak dia lah nak jadi apa pun ada aku kisah...tapi sekeras- keras hati aku pun rasa bersalah dalam jiwa aku tetap ada walaupun dia layan aku macam tu..
    Aku terkejut dari anganku setelah loceng rumah aku berbunyi.
“Siapa pulak yang datang ni”, rungut ku.
    Setelah membuka pintu aku terlihat sebuah kotak hadiah, mula-mula tu takut jugak nak ambil mana tahu ada bom nuclear ke dalam tu, dah la tuan yang menghantarnya pulak tak ada ,aneh betul. Aku beranikan diri mengambil kotak itu keran fikirku takkan orang nak balut bom secantik ini kan..
“Siapa yang bagi hadiah ni ye,nak kata hari ni hari jadi aku bukan, lambat lagi”,regus hati aku..
      Aku membuka kotak tersebut berhati-hati.Tiba- tiba dahi aku berkerut ..
“Eh apa pulak ni,ini barang-barang aku, apasal orang hantar barang ni kat aku ,siapalah yang tak ada kerja simpan barang-barang aku yang dah aku buang ni, tak sangka pulak aku ada peminat he,he,he”,
     Sambil aku meneliti barang-barang tersebut aku terpandang satu kotak kecil yang tertulis ‘untuk Zara yang paling aku sayang’..aku mula berasa hairan...
“Siapalah yang punya keja nie”,rungut hati aku..
       Aku membuka kotak kecil tersebut, dahi aku berkerut..
“Puzzle!, kenapa ye?”..aneh betul aku...
       Aku mula menyusun puzzle tersebut dengan teliti,.setelah siap aku menyusun puzzle tersebut aku membaca setiap bait perkataan yang tertulis di puzzle tersebut..
‘Zara sayang...pertama kali  aku menatap wajahmu aku terpaku seperti ada satu kuasa yang datang menjemput aku untuk sekali lagi jatuh cinta ..perasaan cinta dan sayang aku padamu mula menapak dalam hati aku setiap kali aku melihat wajahmu yang ayu itu..setiap hari aku sentiasa memerhatikanmu ,senyumanmu,gelak ketawamu membuatkan aku sentiasa bersemangat untuk aku lalui kehidupan seharian ku ..engkau telah membawaa satu harapan dan sinar dalam hidup aku yang telah lama hancur ditinggalkan kekasihku dahulu dan engkau tiba-tiba datang bagaikan biadadari yang mencantumkan hatiku kembali dengan penuh teliti dan penuh kasih sayang ibarat menyusun puzzle agar dapat kita salami apa yang tertulis di puzzle tersebut ,tetapi setiap kali berhadapan dengan mu lidah aku mula kelu untuk menyebut tiga perkataan itu..Zara hanya satu saja yang aku ingin kau tahu yang’....
“Aku Cinta Padamu”....
       Zarif tiba-tiba muncul dengan membawa sejambak bunga, dia telah melafazkan tiga perkataan itu di hadapan aku..Air mata aku mula mengalir,tidak sangka orang yang aku benci selama ini dan sentiasa bertikam lidah dengan aku adalah orang yang sentasa mencintai aku serta menghargai aku sebegini rupa..
“Zara saya mintak maaf kerana selama ini saya sering sakitkan hati awak, bukan saya sengaja tapi ego saya yang memaksa berbuat begitu,Zara saya tahu awak tak dapat maafkan saya, tapi saya betul-betul sayang dekat awak, tolonglah Zara maafkan saya dan satu saja yang saya nak tolong terima saya Zara, please!!..”,Zarif mula bersuara..
       Aku terkedu, tidak tahu apa yang nak dikatakan..perasaan marah dan kasihan aku mula bersilih ganti dalam diri aku, air mata aku mengalir lagi,sebak sangat...aku tak boleh buat apa-apa seperti diri ini berada di awang-awangan..
“Zara..saya tahu awak tak dapat terima saya lagi kan ..kalau macam tu saya pergi dulu..”,Zarif berlalu pergi selepas meletak jambangan bunga mawar di hadapan ku..
“Zarif!!!!,aku menjerit....
“Zarif saya maafkan awak, tapi tolong jangan sakiti hati saya lagi” ,aku mula bersuara...
      Zarif hanya memandang aku dan tersenyum..itulah kali pertama aku melihatnya tersenyum.. dengan kulitnya yang putih dan badannya yang sedikit sasa itu menampakkan lagi ketampananya itu,...sungguh memang dia tampan sekali......

“Aku terima nikahnya Nurul Ain Zara binti Zainal dengan mas kahwinya senaskah Al-Quran”...
       Dengan sekali lafaz aku telah sah bergelar isteri Mohd Zarif bin Datuk Sulaiaman...Di saat ini aku sangat gembira , air mata kegembiraan sejernih mutiara mula gugur di pipi ku...
       
         Kini aku bahagia dengan Zarif..dialah yang sentiasa disamping aku ketika aku gembira mahupun dalam kesedihan..walaupun aku tengah sarat mengandungkan anak kami yang sulung tapi dia sentiasa memberi semangat dan kasih sayang yang tak pernah pudar sedikit pun kepada aku...Aku harap agar perkahwinan ini akan kekal selamnya hingga ke akhir ayat...Amin... .Dan kata orang tua-tua kalau kita membenci seseorang jangan disimpan lama-lama nanti jatuh kepada sayang..betul kan he,he,he,...
                                Tamat..........

        
                                                  Nukilan: zirah(budak brutal) *(^_^)*

Total Pageviews